Sunday, May 31, 2009

Kiamat berlaku pada 21.12.2012???.......

Pada 21 Disember 2012, terjadilah satu peristiwa huru-hara dan gempa bumi yang amat dahsyat, yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah hidup manusia di muka bumi ini. Pada hari itu, bulan, bintang, planet dan segala isi cakerawala bertembung antara satu sama lain. Letupan ngeri di angkasa raya itu diikuti pula dengan kejadian bintang serta planet-planet meluru jatuh menghentam ke bumi.

Bunyi letupan dan suara jeritan kedengaran di setiap penjuru bumi. Mayat-mayat bergelimpangan, api menjulang di sana sini, haiwan bertempiaran menyelamatkan diri daripada hentaman bintang dan cakerawala yang tiada kesudahannya itu.

Malapetaka itu amat dahsyat, dan akhirnya bumi berkecai sehingga menjadi serpihan debu-debu yang berterbangan. Tiada satu nyawa pun yang terselamat.

Begitulah gambaran tentang hari kiamat yang diramalkan oleh satu etnik purba yang dikenali sebagai kaum mayan. Mereke percaya, kiamat yang digambarkan itu akan berlaku pada 21 Disember 2012 mengikut kalendar kuno kaum tersebut.

Tetapi, benarkah ramalan itu? Siapa pula sebenarnya puak Maya ini? Mengapakah ramalan ini begitu terkenal sehingga menjadi tajuk perbualan di kalangan ahli bijak pandai termasuk saintis-saintis Barat?

Kaum Maya merupakan satu komuniti yang hidup di selatan Mexico dan utara Amerika Tengah. Tamadun mereka bermula sekitar 4,000 tahun dahulu dan amat terkenal dalam bidang astronomi, arkitektur, kejuruteraan, seni dan matematik. Sehingga ke hari ini, keturunan daripada kaum Maya masih lagi hidup dan mengamalkan budaya yang telah mereka warisi sejak ribuan tahun itu.

Ramalan kaum Maya ini menjadi perhatian para saintis Barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang falak. Malah, kaum ini juga mempunyai kalendar sendiri dalam menghitung hari, bulan dan tahun.

Melalui kalendar itulah mereka meramalkan planet bumi ini akan musnah pada 21 Disember 2012 (dalam angka-21122012). Bagi menzahirkan keyakinan itu, maka segala ramalan serta hitungan kalendar tersebut telah disebar luas di internet.

Namun bagi UMAT ISLAM, kiamat bukanlah sesuatu yang boleh diramalkan. Ini berdasarkan firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran yang menegaskan bahawa tidak ada mana-mana makhluk pun yang mengetahui bila datangnya hari kiamat, biarpun makhluk itu adalah insan-insan terpilih yang diangkat darjatnya menjadi Nabi atau Rasul.

Dengan itu, kita sebagai umat Islam hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi hari kiamat kelak dengan mengabdikan diri pada ALLAH s.w.t

Jauhi lah perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemungkaran kepada ALLAH s.w.t dan selalu melakukan kebaikan. Kita hendaklah segera bertaubat dan melakukan segala perintahNYA dan mengamalkan sunnah Nabi untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.

Sesungguhnya tanda-tanda keci kiamat sudah kita lihat di depan mata seperti perempuan menjadi lelaki, lelaki menjadi perempuan dan lain-lain. Jadi segera lah kita mengumpul sebanyak yang mampu amal sebagai bekalan kelak bukan hanya sekadar menunggu tanda-tanda besar kiamat baru kita hendak bertaubat.

No comments:

Post a Comment